Diaries Owner Sahabat Stuffies +Follow Dashboard
A storyy
14 February, 2013

"Cikgu ohsem VS Cikgu bidadari?"

Namaku Mohd Iqbal.Nama glemer ku di tempat keja ialah "cikgu ohsem" sebab kat tempat sekolah ku ramai cikgu-cikgu pempuan minat kat aku.Bukan aku perasan pun tapi betul la,tiap hari ada je gula2,maggi atau coklat kat meja aku.Tahulah aku tu,mustahil dari student sebab sume student dah di beri amaran tak boleh bagi hadiah sukati kat cikgu2( lebih2 lepas exam=rasuah minta lulus) then dorang cuma boleh bagi hadiah masa hari guru je.Itulah peraturan tempat keja aku nih..

So,aku tahulah sume hadiah tu dari cikgu2 pempuan kat office aku tu.Tambah lagi ada jugak beberapa orang yang berani hantar SMS dan surat cintan kat aku.Adessh..Tak faham aku.

Aku ni bukanlah baik mana.Walaupon dorang panggil aku "cikgu ohsem" tapi aku bukannya good mana pun.Soleh tu jauh la,Banyak benda lagi aku tak reti dan tak faham.Alhamdulillah,atas doa orang2 sekeliling aku especially ummi aku,sekarang aku dah sikit berubah.Aku mula pandai datang dengar ceramah kat masjid,solat tu alhamdulillah..terjaga la juga.Cuma solat sunat tu kengkadang.Masih malas2 lagi.Korang tolong doakan aku ye..

Ok,hari ni aku nak cerita sikit,
Bulan lepas ada cikgu baru masuk mengajar kat sekolah tempat aku mengajar.Cikgu pempuan.Belum kawin.Aku tahu dia nak masuk keja kat sekolah ni dah seminggu sebelum tuh.Pengetua yang bagitahu.

Awal bulan tu,dia start lapor diri and terus start bertugas.Cikgu baru ni nama dia ainul mardhiyah.Tapi aku heran sejak dia mula datang semua panggil dia "cikgu bidadari".Adakah sebab dia pakai purdah?Eh,sorry aku lupa nak citer cikgu baru ni pakai purdah.Aku tengok dari jauh je,sebab ruang keja staff lelaki ngan pempuan kat office ni terpisah.Lelaki lain.Pempuan lain.Tak bercampur.Lagi satu memang aku tak pernah nampak dia buka atau turunkan "penutup wajah" tu dari muka dia sejak dia mengajar dekat sini.Syadid oh bidadari ni..
Tapi aku dengar dia turunkan "penutup wajah" bila dalam kelas.Masa tengah mengajar.Ada chance la aku tengok muka dia nanti (sorok2 tepi jendela,masa dia tengah mengajar..keh keh keh= (Y)gurau je ..hehe)

Tapi yang aku pelik,korang pun mesti tertanya2 apa yang aku pelik ni kan?huhu..
Ok,sebenarnya dua benda yang aku pelik dan heran.Pertama kenapa semua orang panggil dia "cikgu bidadari".Bukan cikgu2 je panggil macam tuh,student pun panggil macam tuh.Hish...mengadanya.Abis jatuh saham aku sebagai " cikgu ohsem" dek kedatangan dia kat sekolah ni.Haha..Gurau je ..Peace. Y

Ok,kedua aku heran dan pelik dengan satu hal ni.Korang nak tahu tak?Cikgu Ainul mardhiyah ni(aku taknak panggil dia cikgu bidadari..hahaha) dari mula dia masuk keja kat sini sampai ke hari ni aku tak penah nampak dia pakai baju kaler lain.Setiap hari dia akan pakai pakaian yang sama.Pakai jubah kaler hitam sekali dengan tudung labuh dan purdah kaler hitam.Korang bayangkanlah selama sebulan ni dia pakai baju yang sama.Takkan dia tak ada baju lain?Or takkanlah dia tak ada baju kaler lain?Ish ish..betul2 pelik la aku.Dia tak bosan ke pakai baju tuh je hari2,nanti orang cakap dia tak mandi pulak.Tapi selama sebulan ni memang tak ada sapa2 yang tegur or amik peduli dressing dia mcm tuh,maybe hanya aku seorang kot.Malah semua orang suka bergaul dengan dia,walaupun dia pendiam.Aku kalau nampak dia pun dari jauh je,alah takde yang menarik perhatian aku pun.Bidadari la sangat..Ish..

Tapi hari ni,aku kesal dan menyesal.Menyesal sangat.KOrang nak tahu pasal apa?
Oklah aku cerita.Tapi jangan bagitahu sapa2 tau,Malu aku di buatnya.

Macam ni,aku pun tak tahu apesal aku ni jahat dan celupar sangat.Dan aku tak tahu kenapa otak aku ni bengap sangat.Korang tahu tak apa aku dah buat hari ni?Isk..mestilah korang belum tahu sebab aku tak cerita lagi kan?Ok,macam ni..Herm...

Siang tadi dekat sekolah,aku terserempak kat cikgu ainul mardhiyah Ni (sekali lagi aku taknak paggil dia bidadari..hahaha) kat corridor depan kelas 3 amanah.Kebetulan dia jalan dengan ade sorang guru pempuan kat situ.Dan entah macamana aku boleh2 pegi tegur dia..Isk macam tak percaya aku.Aku ker tuh..
Citer dia macam ni...

Aku:"Erm..Assalamualaikum cikgu ainul...Kebetulan,saya ada something nak tanya ni" sapa ku selamba badak tanpa segan silu.Muka ku pun try2 seyes.

Cikgu Ainul mardhiyah dan kawan dia tuh pun berhenti depan aku.Dia menunduk.

Cikgu Ainul:"Waalaikumussalam wbt,silakan .."

Aku:"Erm..napa ea sejak awak start datang sini saya tak penah nampak awak pakai pakaian kaler lain?Hari2 pakai kaler hitam.Em..napa ea?Beza dengan cikgu2 lain.Semua pakai kaler2,baru nampak lawa.."Soalku di plus dengan perlian agar dia terfikir bahawa dia tuh takdelah menarik sangat sampai dapat gelaran bidadari..

Dan sebagai pancingan agak esoknya dia akan ubah dressing dia tu.Pakai purdah tak semestinya tak boleh bergaya.Boleh je bagi aku.ngee..

Cikgu Ainul Mardhiyah angkat muka pandang aku.Barulah aku nampak mata dia pes tu pes.Gulp!Mata dia kaler brown dan seyesly dup dap dup dap aku ...huhu.Mata itu seyes memandang aku.Hanya sesaat.Akhirnya dia bersuara.

"Kalau awak nak tengok saya pakai lawa-lawa,kaler2,awak nikahi saya.Barulah awak akan tengok saya pakai lawa dan ianya untuk "awak" seorang saja."Jawabnya kemudian berlalu diikuti oleh cikgu pempuan kawan dia tuh yang tersenyum perli memandang aku.

Terpempan aku.Malu betul aku.Sungguh malu.Jawapan dia betul meyentak nubari aku....

# BERSAMBUNG...


drama pendek ni ana c/p ja dari page Kalam Bidadari ;)
moral of the story ::: cakap jangan lepas2 je :D satg naik 10 inch. blusher :3



OLDER POSTS NEWER POSTS